Musa Hitam bergelar Tun, penyanyi Ahmad Jais dapat Datuk
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun, sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ke-63 hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun, sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ke-63 hari ini.
Musa, 72, bekas pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) adalah ahli lembaga pengarah beberapa syarikat dan juga pengerusi kumpulan perladangan, Kumpulan Guthrie dan Lion Industries Corporation Berhad.
Manakala penyanyi veteran Ahmad Jais, 70, seorang ikon pada era "Pop Yeh Yeh" dalam 1960-an ialah salah seorang penerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
Ratu skuasy Malaysia Nicol Ann David, kini pemain wanita nombor 2 dunia setelah menjadi pemain wanita nombor 1 dunia buat seketika, ialah antara penerima Kesatria Mangku Negara (KMN).
Menurut laporan Bernama, pemain badminton nombor 2 dunia, Lee Chong Wei dan pasangan beregu badminton negara Chan Chong Ming dan Koo Kien Keat pula adalah antara penerima Ahli Mangku Negara (AMN).
Seramai 1,905 orang menerima pelbagai darjah, bintang dan pingat kebesaran di mana 20 orang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri, 40 menerima PJN dan lima menerima Panglima Setia Di Raja (PSD) kedua-dua membawa gelaran Datuk.
Gelaran Tan Sri
Dua penerima gelaran Tan Sri termasuk Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Ismail Adam, Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Khalid Ramli, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Izzudin Dali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ismail Merican, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Ilyas Din, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed, Duta Malaysia ke Jepun Datuk Marzuki Mohammad Noor dan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan.
Penerima lain yang membawa gelaran Tan Sri ialah Pengarah Urusan Kinsteel Berhad Datuk Pheng Yin Huah, Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad Datuk Seri Liew Kee Sin, Pengerusi DRB-Hicom Datuk Seri Syed Zainol Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Johan Holdings Berhad Datuk Tan Kay Hock, bekas presiden Persekutuan Berbasikal Malaysia Datuk Seri G. Darshan Singh dan tokoh politik Datuk Wira Abdul Razak Alias, Datuk Lau Yin Pin dan Datuk Dr Ampikiapakan S. Kandiah.
Seramai 20 orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 72 Johan Setia Mahkota (JSM), lima Johan Setia Di Raja (JSD), 333 Kesatria Mangku Negara (KMN), 17 Kesatria Setia Di Raja (KSD), 580 Ahli Mangku Negara (AMN), 757 Pingat Pangkuan Negara (PPN), 43 Bentara Setia Di Raja (BSD) dan tiga menerima Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).
Yang lain termasuk Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hamidon Ali, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Abdul Aziz Mohammed, Hakim Mahkamah Tinggi K.P. Gengadharan, C.R. Nair, Linton Albert dan Siti Mariah Ahmad, Ketua pengarah Penjara Datuk Mustafa Osman, Ketua pengarah Bahagian Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Abdul Hamid Othman, Setiausaha Bagi Parlimen) Datuk Abdullah Abdul Wahab, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Dr Victor Wee Eng Lye, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Siti Azizah Sheikh Abod, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkarnian Awang, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan, Ketua Pengarah MARA Datuk Zamani Md. Noor, dua orang Naib Presiden Petronas, Rosti Saruwono dan Yeow Kian Chai, Pengarah Urusan Ingress Corporation Rameli Musa, penyiar veteran Datuk Ahmad Othman Merican, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Wira Muhammad Ismail Jamaluddin, Pengarah Jabatan Jenayah Komersial Datuk Hairuddin Mohamed, Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Datuk Yaakob Mohammad, Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial Dr Denison Jayasooria dan naib presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) S. Thulukanam.
Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Mohydin Che Jan dan doktor peribadi Yang di-Pertuan Agong, Datuk Dr. Vanamaly K.S. Menon ialah antara lima penerima PSD yang membawa gelaran Datuk.
Setiausaha Persekutuan Sabah Amiruddin Abdullah dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Isa Karim ialah antara penerima Johan Mangku Negara (JMN). Yang lain termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Datuk Hamzah Md Rus, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Ahmad Latffi Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Abdul Gani Mohammed Din, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Ahmad Kabit, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Dr Daud Mohamad dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Dr Wan Ali Wan mamat.
Penerima yang lain termasuk doktor peribadi dan pakar jantung Perdana Menteri Dr Aizai Azan Abdul Rahim, peguam syariah Muhamad Burok, Pengurus Besar Technology Park Malaysia Academy Sdn Bhd Shahzalan Adam, naib presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Aziz Bahaman dan tiga ahli politik Sarawak, Peter Nansian Ngusie, yang juga naib presiden kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), SPDP setiausaha eksekutif Albert Bejie Ajit dan setiausaha agung Parti Rakyat Sarawak Wilfred Nissom.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.