Levi RM20 ke atas kereta Spura dikutip sebulan dua lagi
Kutipan levi RM20 ke atas kereta Singapura setiap kali memasuki negara ini melalui Tambak Johor akan dibuat Jabatan Imigresen dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.
Kutipan levi RM20 ke atas kereta Singapura setiap kali memasuki negara ini melalui Tambak Johor akan dibuat Jabatan Imigresen dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalan Negeri Datuk Tan Chai Ho berkata kutipan itu akan dimulakan sebaik sahaja pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan diwartakan yang membolehkan kutipan levi dibuat.
"Pindaan ini telah diluluskan Dewan Negara baru-baru ini dan kami menjangkakan ia akan mengambil masa satu hingga dua bulan sebelum levi itu boleh dikuatkuasakan," katany selepas merasmikan Pusat Operasi Rela Zon 4 di Taman Bukit Indah dekat sini.
Menurut laporan Bernama, pusat operasi itu dibiayai pemaju taman tersebut. Terdapat seramai 1,240 anggota Rela yang bertugas di Zon 4 Johor Baharu.
Tan berkata levi RM20 itu akan dikenakan di pintu keluar dan berdasarkan kepada jumlah kemasukan dan bukan mengikut tempoh masa kereta Singapura itu berada di negara ini.
"Kalau kereta itu masuk sampai tiga kali sehari, maka bayarannya ialah RM60 dan kalau dia tinggal seminggu sebelum keluar maka bayarannya RM20 sahaja," Katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.