Malaysiakini
BERITA

Inspektor disyaki rogol 2 wanita Mongolia ditahan

Bernama

Diterbitkan

Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan selepas disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel dekat Petaling Jaya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menyelamatkan mangsa yang masing-masing berusia 20 dan 37 tahun di hotel berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua wanita telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya sebelum dibawa ke hotel itu.

“Siasatan awal mendapati dua wanita itu tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap dan disyaki terlibat dengan pekerjaan berunsur maksiat.

"Dua wanita ini adalah mangsa dan kita teruskan dengan perintah perlindungan interim untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rondaan di Damansara hari ini.

Nik Ezanee berkata suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan