Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perlis benar peniaga makanan beroperasi di rumah, bahu jalan
Diterbitkan:  Apr 13, 2020 5:56 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Kerajaan negeri Perlis membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah dan di bahu jalan pada bulan Ramadan ini berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.

Peniaga dan pembeli perlu mematuhi arahan jarakan sosial dan tidak berkumpul, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Azlan yang mewakili kerajaan Perlis menyampaikan cek bernilai RM1 juta sebagai bayaran ‘one-off’ kepada setiap petugas barisan hadapan daripada 14 agensi di negeri ini dalam menghadapi wabak COVID-19 bagi menghargai jasa mereka.

Antara agensi berkenaan ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rejimen 504 Askar Wataniah, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Penerangan Perlis.

Dalam perkembangan lain, Azlan memaklumkan persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis yang dijadual berlangsung esok dan lusa (14 dan 15 April) ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS