Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: 170 kes baru, 5 lagi kematian, hampir separuh sembuh
Diterbitkan:  Apr 14, 2020 5:20 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 202 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,478.

Ia menandakan kadar kes sembuh adalah 49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia.

"Hari ini juga, bilangan kes yang didiscaj adalah melebihi bilangan kes baru yang dilaporkan." kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau memaklumkan sebanyak 170 kes baru positif Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kepasa 4,987 kes, kata Abdullah.

Beliau juga memaklumkan lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian kepada 82.

Seramai 2,427 pesakit Covid-19 masih menjalani rawatan, katanya lagi.

Daripada jumlah itu, seramai 60 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang enam berbanding semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang tiga berbanding semalam.

Berikut adalah lima kematian yang dilaporkan hari ini:

Pesakit 4,532 (kematian ke-78)

Lelaki dewasa tanpa identiti diri dan dipercayai bukan warga Malaysia yang ditemui mati di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 April 2020.

Keputusan ujian sampel Covid-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 11 April 2020. Kes ini di bawah siasatan polis.

Pesakit 2,052 (kematian ke-79)

Lelaki warga Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.17 pagi, hari ini.

Pesakit 4,818 (kematian ke-80)

Lelaki warga Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 7 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.36 malam, 12 April.

Pesakit 4,521 (kematian ke-81)

Perempuan warga Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-4088 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 9 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 petang, 13 April.

Pesakit 1,649 (kematian ke-82)

Lelaki warga Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-343 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 26 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi, hari ini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Lihat Komen
ADS