Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TM: Kami tak ulas spekulasi lantikan pengerusi baru

Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata mereka tidak akan mengulas sebarang berita berbentuk spekulasi berkaitan lantikan pengerusi barunya.

“Di TM, kami kami akan berpandukan kepada tadbir urus Lembaga Pengarah (BOD) berkenaan perkara-perkara sedemikian di mana sebarang pengumuman rasmi akan dibuat apabila tiba masanya kelak,” katanya.

Kenyataan TM itu bagi mengulas spekulasi berkenaan pelantikan Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid sebagai pengerusinya yang baru, dengan kerajaan Perikatan Nasional dilihat akan menggantikan ketua di agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam pada itu, Mahdzir menafikan spekulasi itu dengan berkata, beliau tidak menerima apa-apa surat pelantikan setakat ini.

"Saya belum terima pun surat pelantika," katanya yang juga anggota parlimen Padang Terap kepada Malaysiakini.

Terdahulu, terdapat hantaran yang dikatakan daripada sebuah persatuan pengguna yang mengucapkan tahniah kepada Mahdzir atas perkara itu, yang disebarkan di media sosial.

Lihat Komen
ADS