Guan Eng keluar wad
Diterbitkan: Apr 15, 2020 3:09 PM
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibenarkan keluar hospital hari ini.
“Saya baru saja discaj dari hospital selepas dua malam di sana kerana menjalani pembedahan di bahagian bahu kiri akibat kecederaan tempoh hari,” katanya.
Menulis d Twitter, bekas menteri kewangan juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.
“Terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah menjaga saya dan juga kepada mereka yang mendoakan kesembuhan.
“Terus kekal duduk di rumah. Kita boleh menang bersama-sama,” katanya.
Beliau tidak menyatakan butiran kecederaannya atau maklumat berkaitan dalam ciapan itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.