Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Pelajar tahfiz kluster seterusnya untuk jalani ujian Covid-19'

Lebih 8,000 pelajar tahfiz dari pelbagai madrasah di seluruh negara akan menjadi tumpuan seterusya menjalani ujian saringan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada sidang media hariannya di Putrajaya, beliau berkata, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menyaring dan mengambil sampel dari 1,736 pelajar tahfiz yang masih bersekolah.

"Sasaran kita (untuk melakukan ujian bersasar) selepas (kluster) perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling adalah pelajar madrasah dan tahfiz. Ada 8,816 pelajar tahfiz (yang telah dikenal pasti untuk menjalani ujian).

"Setakat ini, kami telah memeriksa 1,376 pelajar di sekolah-sekolah tersebut, sementara banyak yang lain telah pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, hasil saringan mendapati 217 adalah positif setakat ini.

Ini jauh lebih tinggi daripada peratusan mereka yang diuji positif dari kluster himpunan tabligh, iaitu sekitar lapan peratus, katanya.

Noor Hisham menegaskan, penting untuk pelajar tahfiz terbabit serta semua kontak rapat mereka menjalani ujian bagi mengesan kes positif dalam kalangan mereka.

"Sekarang apa yang kita perlu buat ialah menjalankan saringan dan ujian ke atas pelajar tahfiz ini dengan kerjasama polis dan agensi lain," katanya.

Berdasarkan infografik disediakan KKM, mereka sudah mengesan empat kluster membabitkan beberapa madrasah setakat ini, masing-masing di Jerantut, Pahang; Penanti, Pulau Pinang; Sungai Lui, Selangor; dan Jasin di Melaka.

Sementara itu Noor Hisham berkata, jumlah kluster dan subkluster yang dikesan di negara ini kekal sebanyak 28.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS