Pencalonan: Palanivel 185, Subra 2
Terjemahan Penyandang jawatan Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam hanya memperolehi dua pencalonan bagi mempertahankan jawatan tersebut, manakala pencabarnya Datuk G Palanivel menerima 185 pencalonan.
Terjemahan Penyandang jawatan Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam hanya memperolehi dua pencalonan bagi mempertahankan jawatan tersebut, manakala pencabarnya Datuk G Palanivel menerima 185 pencalonan.
Menurut laporan akhbar Tamil Nesan , jumlah pencalonan tersebut dikeluarkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan MIC, K Vijayanathan.
Palanivel yang merupakan calon pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu akan mencabar Subramaniam yang menyandang jawatan tersebut lebih dua dekad, pada 12 Jun ini.
Walaupun hanya menerima dua pencalonan, Subramaniam tetap yakin mampu mempertahankan jawatannya itu.
Baru-baru ini, akhbar Tamil Nesan yang pro Samy Vellu melaporkan bahawa jumlah pencalonan yang besar yang diterima oleh Palanivel menunjukkan bahawa beliau merupakan calon yang sesuai untuk jawatan timbalan presiden.
Dalam satu perkembangan berkaitan, Vijayanathan memberitahu Bernama bahawa jawatankuasa tersebut akan melanjutkan tempoh bagi mana-mana calon untuk menarik diri.
Katanya, walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian adalah tiga hari selepas mengemukakan pencalonan, tetapi jawatankuasa tersebut akan menggunakan budibicaranya untuk membenarkan calon-calon menarik diri selepas tempoh tersebut.
Bagaimanapun, katanya, calon-calon yang hendak menarik diri perlu berbuat demikian sebelum kertas undi dicetak.
"Sebaik sahaja kertas undi dicetak, maka adalah tidak praktikal untuk mengubahnya...tetapi mereka (calon) boleh mengumumkan penarikan diri dan kita serahkannya kepada para perwakilan," katanya.
Orang presiden
Pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 ahli Jawatankuasa Pusat berlangsung Sabtu lalu.
Peraturan pemilihan parti itu menetapkan, calon-calon diberi tempoh tiga hari untuk menarik diri. Ini bermakna, tarikh akhirnya ialah tengah hari esok.
Tujuh orang akan bertanding tiga jawatan naib presiden MIC dalam pemilihan parti itu pada 24 Jun ini. Merek ialah penyandangnya Datuk S Veerasingham dan Tan Sri K.S. Nijhar Setiausaha Agung MIC Datuk S Sothinathan, peguam Datuk M Muthupalaniappan, Ketua MIC Kuala Lumpur Datuk V.K.K. Teagarajan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Rusa E. Yohevel dan Alex Thiagarasan dari Shah Alam. Manakala 52 orang akan bertanding bagi 23 kerusi jawatankuasa pusat.
Dalam jawatan naib presiden, Sothinathan memperolehi pencalonan terbanyak (168), diikuti oleh Nijhar (157), Veerasingham (148), Muthupalaniappan (3), Teagaran (2), Vohevel (2) dan Thiagarasan (2). Sejumlah 1,442 perwakilan akan mengundi pada 24 Jun depan.
Selain Palanivel bagi jawatan timbalan persiden, Veerasingham, Nijhar dan Sothinathan juga merupakan calon pilihan presiden bagi tiga jawatan naib presiden. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.