Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjawat awam ingkar PKP berisiko hilang pencen - Cuepacs
Diterbitkan:  Apr 16, 2020 5:08 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Penjawat awam serta pesara kerajaan berisiko hilang pencen, sekiranya didapati bersalah tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan hari ini Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, penjawat awam dan pesara perlu mengetahui bahawa segala keistimewaan yang dinikmati seperti perkhimatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan, mungkin akan ditarik balik sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang negara.

“Penjawat awam dan pesara perlu menunjukkan contoh terbaik bagi setiap undang-undang yang dikuatkuasakan seperti PKP, di mana arahan yang dikeluarkan sepanjang perintah ini perlu dipatuhi secara keseluruhan, tanpa keraguan dan alasan.

“Pematuhan secara keseluruhan terhadap arahan PKP ini, sekurang-kurangnya membantu mengawal pergerakan penduduk di negara, sekiranya mereka sebagai ketua keluarga dapat menjadi mata, telinga dan suara bagi pihak kerajaan, menasihati ahli keluarga masing-masing untuk kekal di rumah.

Adnan berkata, penjawat awam dan pesara merupakan contoh kepada masyarakat, terutama daripada sudut pematuhan undang-undang semasa atau selepas PKP berakhir.

- Bernama

Lihat Komen
ADS