Ketua sami nafi ditangkap bogel bersama wanita
Terjemahan Seorang ketua sami Buddha menafikan dakwaan yang dia telah ditangkap dalam keadaan bogel bersama seorang wanita serta memilik bahan lucah, senjata dan alkohol.
Terjemahan Seorang ketua sami Buddha menafikan dakwaan yang dia telah ditangkap dalam keadaan bogel bersama seorang wanita serta memilik bahan lucah, senjata dan alkohol.
"Fikir baik-baik. Apakah saya mahu memalukan diri saya sendiri? Jika benar saya berbogel dalam bilik saya bersama seorang wanita, tentulah kami akan mengenakan pakaian terlebih dahulu, sebelum membenarkan orang lain masuk ke bilik," kata Samy Beng Ban kepada akhbar the Star.
Beng Ban dipecat daripada jawatan ketua sami di sebuah kuil di Perak, selepas pihak polis dilaporkan menemui sami itu dan wanita tersebut, dalam keadaan bogel dalam kamarnya bulan lalu. Polis ke kuil tersebut untuk menyiasat dakwaan satu kes kekerasan jenayah.
"Dakwaan tersebut tidak betul," kata Beng Ban kepada akhbar berkenaan, sambil menambah, dia sudah 27 tahun berkhidmat di kuil tersebut.
Tiada pemain VCD
Malah, katanya, kuil tersebut tidak mempunyai pemain VCD untuk membolehkannnyamenonton filem lucah, tetapi tidak menafikan dakwaan yang dia memiliki senjata, termasuk sebilah keris dan parang.
"Kebanyakan orang memiliki senjata. Selagi kita tidak menggunakannya secara merbahaya, ia bukanlah satu kesalahan," katanya.
Peguam Beng Ban berkata jika dakwaan itu benar, maka ia perlu dibawa ke mahkamah, tetapi sehingga ini, pihak boleh telah membuat sebarang tuduhan terhadapnya. Berita asal
- AFP

