Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kota Kinabalu kawasan terbaru zon merah Covid-19
Diterbitkan:  Apr 17, 2020 11:38 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Daerah Kota Kinabalu di Sabah menjadi kawasan ke-28 diisytihar sebagai kawasan merah Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan, statistik terkini itu adalah setakat jam 12 tengah hari semalam.

Setakat semalam, Kota Kinabalu merekodkan sebanyak 42 kes positif Covid-19.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Frankie Poon berkata, dua daripada 42 pesakit Covid-19 di Sabah meninggal dunia manakala 18 telah pulih.

Tawau merekodkan 79 kes dengan 21 pesakit pulih dan satu kematian, manakala Lahad Datu menghampiri zon merah dengan mencatatkan 39 kes positif dan 28 pesakit pulih.

Secara keseluruhan Sabah mencatatkan 288 kes Covid-19 dengan 135 pulih dan empat kematian.

Menurut kementerian kesihatan, kawasan yang mempunyai lebih 40 kes Covid-19 dianggap sebagai zon merah. Tiga zon lain ialah zon hijau (kes sifar), kuning (antara satu hingga 20 kes), dan oren (21 hingga 40 kes).

Tiga zon dengan bilangan tertinggi kes Covid-19 adalah Lembah Pantai (592), Hulu Langat (446) dan Petaling (366).

Malaysia merekodkan 5,182 kes Covid-19 setakat ini dengan 2,766 (53.4 peratus) pesakit pulih dan 84 (1.6 peratus) meninggal dunia.

Setakat ini, negeri yang mempunyai zon merah paling tinggi adalah Selangor dengan enam kawasan (Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Hulu Selangor); diikuti Kuala Lumpur (Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa) dan Johor (Batu Pahat, Johor Baru, Kluang dan Muar).

Negeri-negeri lain ialah Melaka (Jasin dan Melaka Tengah); Negri Sembilan (Rembau dan Seremban); Perak (Hilir Perak dan Kinta); Kelantan (Kota Baru); Pahang (Jerantut dan Kuantan); Sabah (Tawau dan Kota Kinabalu); dan Sarawak (Kuching dan Kota Samarahan).

Lihat Komen
ADS