‘Loom band’ dari adik Lara, terima kasih Dr Noor Hisham
Nama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kini meniti di bibir ramai orang susulan peranan besarnya untuk memerangi Covid-19.
Beliau bagaimanapun mungkin tidak menyangka akan mendapat sepucuk surat penghargaan daripada seorang budak darjah tiga daripada Terengganu.
Malah, beliau dihadiahkan gelang getah loom band berwarna biru sebagai tanda persahabatan.
"Saya buat loom band ini buat anda untuk berterima kasih atas kerja-kerja anda membantu rakyat Malaysia kekal selamat dan sihat semasa penyebaran virus ini," tulis Lara Khadijah McAfee dalam bahasa Inggeris.
Namun, tidak disangka-sangka, Dr Noor Hisham membalas surat bertulis tangan itu kepada “kawan barunya”.
Noor Hisham antaranya memberitahu bahawa gelang itu kini dipakai oleh cucunya yang menyukainya.

