PAS terbitkan buletin bahasa Cina bulan depan
PAS akan menerbitkan sebuah buletin bulanan dalam bahasa Cina bulan depan yang pertama dalam sejarah penubuhan parti politik Islam sejak 53 tahun yang lalu.
PAS akan menerbitkan sebuah buletin bulanan dalam bahasa Cina bulan depan yang pertama dalam sejarah penubuhan parti politik Islam sejak 53 tahun yang lalu.
Buletin lapan muka surat itu bernama 'Berita Rakyat Semasa' . Buletin tersebut akan diterbitkan 5,000 nashkah setiap itu dan akan diedarkan secara percuma kepada masyarakat Cina di seluruh negara.
Salah seorang editornya, Hu Pang Chaw beritahu malaysiakini, buletin tersebut akan diterbitkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional dan Lajnah Publisiti PAS.
Ketua Pengarang buletin tersebut ialah Halimah Abdullah, yang juga timbalan pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional tersebut.
Hu memberitahu malaysiakini , penerbitan buletin tersebut telah mendapat restu Jawatankuasa PAS Pusat, dan sepatutnya dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena muktamar parti itu yang sedang berlangsung di Kedah.
Bagaimanapun, Hu yang Presiden Kelab Penyokong PAS berkata, agenda muktamar kali ini agak ketat dan tiada ruang untuk pelancaran buletin tersebut.
Hadi lancar bulan depan
Berikutan itu, pelancaran buletin tersebut telah ditunda dan akan dirasmikan oleh Abdul Hadi di Kuala Lumpur bulan depan.
Menurut Hu lagi, kandungan buletin tersebut adalah mengenai aktiviti PAS dan yang berkaitan masyarakat Cina di setiap negeri, serta perkembangan kerajaan PAS Kelantan.
Menurutnya, penerbitan buletin tersebut adalah membolehkan masyarakat Cina mengenai perkembangan dalam parti PAS dan bukannya untuk mengkritik kerajaan Barisan Nasional.
Buletin itu juga, katanya, akan menerangkan keadaan sebenar mengenai isu-isu semasa kepada masyarakat Cina supaya mereka dalam memahaminya secara lebih mendalam.
Sementara itu, beberapa pemerhati politik berkata, penerbitan buletin dalam bahasa Cina itu mungkin ada kaitan dengan cadangan untuk menerima bukan Islam, khususnya masyarakat Cina sebagai ahli bersekutu PAS.
Cadangan tersebut yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dijangka dibahas dan diluluskan dalam muktamar PAS kali ini.
.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.