PAS calon bukan Islam tarik sokongan pengundi bukan Melayu
Bagi meraih sokongan pengundi di kawasan majoriti bukan Islam seperti di Selangor dan Pulau Pinang, PAS mungkin memberi peluang kepada orang bukan Islam dan bukan ahli parti itu, menjadi calon pilihanraya umum akan datang.
Bagi meraih sokongan pengundi di kawasan majoriti bukan Islam seperti di Selangor dan Pulau Pinang, PAS mungkin memberi peluang kepada orang bukan Islam dan bukan ahli parti itu, menjadi calon pilihanraya umum akan datang.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata calon dari kalangan bukan ahli PAS juga kemungkinan memberi satu kelebihan jika pendekatan itu bersesuaian untuk PAS meraih undi.
"Cadangan itu akan dibincangkan dalam muktamar tahunan PAS mulai esok dan diharap satu keputusan bersetuju dengan cadangan itu dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Telok Bagan, Tandop di Alor Star hari ini.
Menurutnya, sokongan pengundi bukan Islam adalah penting kepada PAS dalam usaha memenangi banyak kerusi terutama di kawasan yang mempunyai ramai pengundi bukan Islam.
Menurut laporan Benama, PAS sudahpun mendapat sokongan pengundi Cina menerusi program penerangan dan sesi dialog.
Mengenai persiapan pilihanraya pula, beliau berkata, parti itu sedang memperkemaskan jentera dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang yang parti itu jangkakan bakal diadakan tahun depan.
"Persiapan menghadapi pilihanraya telah dimulakan sejak Januari lalu yang akan berterusan sehingga April tahun depan.
"Jadi masa 10 bulan yang tinggal (untuk ke bulan April tahun depan) akan digunakan sebaik mungkin dengan matlamat menguasai lebih banyak kerusi Parlimen dan negeri," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.