Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CAP: Perkeso bayar yuran ujian Covid-19 idea menakutkan
Diterbitkan:  Apr 20, 2020 10:47 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejutnya dengan persetujuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menanggung yuran pemeriksaan Covid-19 untuk semua pekerja yang terpaksa bertugas semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mengumumkan dana Perkeso akan digunakan untuk membayar ujian saringan wajib Covid-19 bagi pekerja yang dibenarkan beroperasi semasa PKP. 

"Walaupun kami menyambut baik penyaringan wajib Covid-19, kosnya harus ditanggung oleh majikan mereka kerana pekerja mengambil risiko ketika bekerja semasa PKP untuk kepentingan majikan.

"Lebih-lebih lagi, pekerja harus dibayar elaun risiko," kata Presiden CAP Mohideen Abdul Kader dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau keputusan menggunakan Perkeso untuk membiayai yuran ujian saringan Covid-19 adalah idea yang menakutkan agensi tersebut sepatutnya menyediakan 'jaring keselamatan' jika berlaku kecederaan di tempat kerja, kecemasan, penyakit pekerjaan, dan kematian penyumbang.

Mohideen berkata tidak ada yang tahu apa yang akan berlaku selepas krisis Covid-19 berakhir.

Justeru katanya untuk Perkeso membelanjakan dana pekerja bagi pemeriksaan seperti itu tanpa persetujuan mereka adalah tidak beretika dan tidak bijaksana.

Sediakan talian pemberi maklumat

Untuk rekod pandangan CAP itu selaras dengan pendirian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang rasa terkejut mereka dan mendakwa Azmin melupakan tujuan asal Perkeso.

"Biar kita ingatkan kepada kerajaan bahawa Perkeso adalah milik dan bertanggung jawab kepada sekitar 7 juta pekerja aktif (seperti pada tahun 2017).

"Dengan sewenang-wenangnya menggunakan dana kira-kira 7 juta penyumbang aktif di seluruh negara tidak dapat dibenarkan," kata Mohideen.

Dia mengatakan tidak masuk akal bagi pekerja untuk membuat pembayaran yuran ujian saringan Covid-19 mereka sendiri dan pergi bekerja semasa PKP, sehingga meningkatkan risiko mereka terkena virus.

Katanya peruntukan elaun risiko adalah ciri faedah kerja di banyak negara dan telah dicadangkan di Malaysia pada 2013.

"Penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan elaun tersebut kerana pekerja terpaksa bekerja dalam keadaan berisiko luar biasa," katanya.

CAP juga meminta pihak yang berkenaan memperkenalkan talian khusus untuk pemberi maklumat tanpa nama yang ingin melaporkan mengenai kegagalan pematuhan di tempat kerja mereka kepada Protokol Kesihatan dan Keselamatan (HSP) Miti.

"Terdapat 2,732 syarikat yang diluluskan untuk beroperasi pada akhir bulan Mac dan jumlahnya seharusnya telah meningkat dengan ketara sekarang dan sukar bagi Miti untuk memantau pelaksanaan HSP di seluruh negara," tambah Mohideen.

Lihat Komen
ADS