Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Boleh keluarkan pelaburan ASNB menerusi portal
Diterbitkan:  Apr 20, 2020 12:57 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk dana unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB.

Menerusi kemudahan itu pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5 dan jumlah tersebut seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya, kata ASNB dalam satu kenyataan.

“Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi.

“Bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB ini dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur,” kata syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd itu.

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020.

Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

-Bernama

Lihat Komen
ADS