Cherie Blair gagal wakili Fawziah Holdings
Cherie Blair QC, isteri Perdana Menteri Britain Tony Blair, tidak dibenarkan mewakili sebuah syarikat dalam satu kes rayuan di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur minggu depan.
Cherie Blair QC, isteri Perdana Menteri Britain Tony Blair, tidak dibenarkan mewakili sebuah syarikat dalam satu kes rayuan di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur minggu depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Afrah Wan Ibrahim membuat keputusan menolak permohonan oleh Fawziah Holdings Sdn Bhd itu, dengan kos.
Pada 25 Mei lalu lalu, Fawziah Holdings membuat permohonan supaya Cherie menyertai satu pasukan peguam bagi berhujah dalam rayuan oleh syarikat pengendali tol, Metramac Corporation Sdn Bhd, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Januari 2006, yang mengarahkannya membayar RM65 juta kepada Fawziah Holdings sebagai saguhati kerana kehilangan hak pengiklanan.
Bernama melaporkan, peguam Datuk Dr Cyrus Das, yang mewakili Fawziah Holdings, berkata Cherie diperlukan kerana beliau mempunyai pengalaman luas dan mahir dalam undang-undang awam, pentadbiran dan komersil, dan layak untuk berhujah dalam isu berat sebelah kehakiman yang merupakan satu daripada tiga persoalan yang perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.
Metramac bersama dengan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, sebagai dua pencelah dalam rayuan itu, membantah kehadiran Cherie dalam rayuan itu yang akan didengar 14 Jun ini.
1.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.