Isteri ketua polis negara meninggal dunia
Isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Zeleha Mohamed, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya awal pagi pagi ini setelah menjalani rawatan ekoran diserang angin ahmar.
Isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Zeleha Mohamed, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya awal pagi pagi ini setelah menjalani rawatan ekoran diserang angin ahmar.
Penguasa Perhubungan Awam Ibupejabat Polis Bukit Aman Mohamad Daud berkata Zeleha, 57, yang diserang angin ahmar tahun lalu meninggal dunia jam 1.45 pagi ini di rumahnya di 55, Jalan SS22/31, Damansara Jaya.
Beliau dan suaminya Tan Sri Mohd Bakri Omar mempunyai tiga orang anak.
Penguasa Mohamad berkata jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara di sini selepas solat Zohor.

