Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pesalah ingkar PKP mohon semak semula hukuman penjara
Diterbitkan:  Apr 28, 2020 9:25 PM
Dikemaskini: 1:25 PM

Seorang banduan yang menjalani hukuman penjara 30 hari kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaporkan mahu menyemak semula hukuman terhadapnya, memberikan hujah terdapat perbezaan dalam pemberian sabitan hukuman.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), B Lisa Christina dalam permohonan mahkamah yang difailkan pada 22 April berkata dia didakwa bersama dua yang lain sehari sebelumnya atas kesalahan serupa.

Bagaimanapun, selepas mengaku bersalah, ibu tunggal itu dijatuhkan hukuman penjara 30 hari sementara dua yang lain dihukum denda maksimum RM1,000.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Subang Mas di Subang Jaya sekitar jam 5 petang 12 April.

Di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2020, mereka yang melanggar PKP dikenakan denda hingga RM1,000, atau penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya.

Pusat Bantuan Guaman Selangor dilaporkan kini mengambil kesnya yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam esok. Dia akan diwakili oleh peguam Rajpal Singh.

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Lihat Komen
ADS