mk-logo
Berita
Menteri kanan: Polis tetapkan 7-10 Mei jadual pulang bekerja
Diterbitkan:  May 2, 2020 3:02 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

PDRM menerima lebih 500,000 permohonan orang ramai di kampung untuk pulang ke bandar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, bagi pergerakan pekerja-pekerja yang masih berada di kampung halaman, kebenaran bergerak bergantung kepada kelulusan Gerak Malaysia.

"PDRM akan menyediakan jadual pergerakan yang dijangka akan bermula dari 7 Mei sehingga 10 Mei 2020.

"Sehingga kini, PDRM telah menerima 500,000 permohonan untuk pulang bekerja.

"Kerajaan meminta pihak majikan supaya jangan mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja yang belum mendapat kelulusan dari PDRM," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Ismail turut menggesa penjawat awam khususnya untuk tidak tergesa-gesa mula bekerja pada Isnin ini, kerana kebenaran perlu diberikan terlebih dahulu kepada mereka sebelum kembali ke pejabat selepas mendapat tarikh perjalanan daripada polis.

Menjelaskan lanjut Ismail memberi contoh, jika jadual perjalanan jatuh pada Jumaat, maka penjawat awam boleh menunggu sehingga Jumaat dan hanya mula bertugas pada Isnin minggu depan.

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS