Semua penjelasan mengenai dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijawab oleh kementerian yang berkaitan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua jawapan itu akan dijawab dengan terperinci.

"Ia akan dijawab oleh kementerian berkenaan, bukan saya," kata beliau, menurut Penolong Setiausaha Akhbarnya Wan Esuriyanti Wan Ahmad kepada Bernama malam tadi.

Menurut Wan Esuriyanti, Perdana Menteri mahu menjelaskan satu kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad yang dilaporkan berkata, biarlah Abdullah melaksanakan proses penjelasan itu kepada orang ramai mengenai kritikan tersebut.

Menurut laporan Bernama, Shahrir membuat ulasan itu selepas beliau dan sekumpulan Ahli Parlimen dan senator mengunjungi Abdullah dalam satu mesyuarat tertutup semalam untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Dr Mahathir meminta penjelasan mengenai beberapa perkara antaranya kebanyakan AP dikeluarkan kepada dua orang yang tidak mempunyai bilik pameran kereta dan kedua-duanya menjual AP dengan harga yang tinggi, menjadikan mereka sangat kaya dan tidak terlibat dengan perniagaan lain selain menjual AP.

Beliau juga mempersoalkan penjualan saham MV Agusta dan membatalkan projek jambatan kedua ke Singapura menggantikan Tambak Johor.