Sekumpulan rakyat Amerika Syarikat yang prihatin dan yang simpati terhadap mereka, telah meminta sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menjalankan siasatan antarabangsa mengenai tragedi 11 September 2001 (911).

Wakil kumpulan itu, termasuk seorang yang terselamat dalam serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York City, mengunjungi Dr Mahathir di Putrajaya semalam dengan mendakwa, versi rasmi apa yang berlaku pada hari itu jauh daripada kebenarannya.

"Kita mahu (Dr Mahathir yang juga pengerusi Pertubuhan Keamanan Perdana Global) membantu kita menubuhkan satu suruhanjaya untuk membuka semula penyiasatan tersebut," kata Jimmy Walter yang membawa bersama individu di bawah pertubuhan Buka Semula 911 bertujuan mengadakan satu penyiasatan benar terhadap serangan tragik itu.

Turut menyertai beliau hari Ahad ialah wartawan American Free Press Michael Collins Piper, Yvonne Ridley yang juga editor politik Islam Channel United Kingdom dan William Rodriguez -- lelaki terakhir yang sempat menyelamatkan diri sebelum WTC runtuh.

Mereka mendakwa mempunyai bukti bahawa keruntuhan menara itu melalui sistem kawalan, dan banyak lagi tersirat di sebalik peperangan menentang pengganas tidak lama lagi selepas serangan terhadap Afghanistan dan Iraq oleh pasukan tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Menurut laporan Bernama, yakin dengan apa yang berlaku, pertubuhan Buka Semula 911 menawarkan AS$1 juta kepada sesiapa yang boleh membuktikan bahawa bahan letupan tidak digunakan semasa tragedi yang mengorbankan beribu-ribu orang.

Letupan sebelum rempuhan

Mengimbas kembali pengalamannya, Rodriguez, seorang penjaga berketurunan Puerto Rico, berkata beliau mendengar satu letupan kuat berlaku di besmen North Tower kedua sebelum sebuah pesawat merempuh bangunan itu.

Beliau seorang diri menyelamatkan 15 orang dari WTC, dan oleh kerana Rodriguez hanya seorang sahaja di tapak itu yang mempunyai kunci induk untuk ke tangga North Tower, beliau menggunakan pemadam api di tangga itu, membuka kunci pintu semasa mereka naik, untuk memberikan bantuan dalam kerja-kerja pemindahan beratus-ratus orang yang dapat diselamatkan dengan jayanya.

"Kita telah akses kepada bukti dan maklumat... bahawa kita menyedari bahawa keseluruhan tragedi itu adalah satu tipu helah. Kerajaan mengetahui ia akan berlaku, mereka perlu memberikan kejutan kepada dunia supaya mereka boleh mewujudkan satu agenda dan ada alasan untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan yang lain," kata lelaki itu yang dianggap sebagai seorang wira negara.

Rodriguez berkata apa yang dipanggil perang antarabangsa mengenai keganasan yang tidak ada penghujung pada peperangan akan menguntungkan entiti seperti pengeluar senjata.

Wartawan Piper berkata bahawa semuanya di Amerika Syarikat berkisar sekitar 911 dengan mereka yang terselamat dianggap sebagai wira dan rakyat Amerika Syarikat diberitahu ia penting untuk memberikan penghargaan kepadanya dan juga yang sudah meninggal dunia.

"Tetapi di sini ada masalah -- walaupun mereka memuatkan gambar Rodriguez di muka hadapan majalah, mereka tidak dapat memberitahu apa yang sebenarnya akan diperkatakan. Apa yang beliau beritahu anda hari ini tidak pernah dilaporkan oleh akhbar atau majalah utama Amerika Syarikat," kata beliau.

Agenda pengkritik Islam

Piper berkata pada hakikatnya Amerika Syarikat hari ini adalah orang "ekstremis Yahudi dan Kristian" yang menggunakan campuran wang dan pengaruh di Washington, untuk menjadi orang berkuasa.

"Dan kita mengatakan kita tidak menghargai ini, mereka tidak mewakili kita, atau mereka mewakili kebanyakan rakyat Amerika Syarikat daripada pelbagai bangsa," kata beliau.

Beliau berkata adalah penting untuk Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia menyedari bahawa agenda pengkritik Islam adalah lebih besar daripada apa yang berlaku di Asia Barat.

"Islam dianggap menjadi tiang utama pembangkang untuk menubuhkan empayar di seluruh dunia. Imej yang mereka bawa (bekas pemimpin Iraq) Saddam Hussein ialah seorang lelaki jahat, jadi kita terpaksa hapuskan dia.

"Kini mereka katakan kita beralih kepada rakyat Iran kerana mereka membina senjata nuklear, mengingkari pada haikatnya bahawa Israel yang mulakan perlumbaan senjata di Asia Barat," jelas beliau.

Pasukan itu juga akan ke Chile, Venezuela, Jepun, Afrika Selatan dan United Kingdom untuk mendapatkan sokongan bagi membuka semula penyiasatan 911.