Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DOJ: AS capai penyelesaian dapatkan AS$49j duit 1MDB
Diterbitkan:  May 7, 2020 11:29 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

AS dilapor mencapai persetujuan untuk mendapatkan lebih daripada AS$49 juta (RM212 juta) aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu.

Memetik kenyataan DOJ, Reuters melaporkan, agensi terbabit menyelesaikan kes pelucutan hak sivilnya terhadap aset diperoleh bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi.

Perkembangan itu didedahkan DOJ melalui kenyataan bertarikh 6 Mei.

Untuk rekod IPIC ialah syarikat yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Khadem (gambar) didakwa menyalahgunakan dana 1MDB untuk mendapatkan pelbagai aset terbabit.

Dana itu didakwa melalui proses pengubahan wang melalui institusi kewangan di beberapa negara termasuk AS, Switzerland, Singapura dan Luxembourg.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS