Cherie Blair hadiri kes rayuan permohonan wakili Fawziah Holdings
Terjemahan Queen Council Cherie Blair - isteri kepada Perdana Menteri Britain, Tony Blair muncul di Mahkamah Persekutuan pagi ini yang mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mewakili satu kes di mahkamah di Malaysia.
Sebelum ini, Fawziah Holdings telah memohon untuk mendapatkan perkhidmatan Cherie untuk mengetuai pasukan peguamnya dalam kes yang membabitkan syarikat tersebut, tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Cherie memberitahu AP bahawa beliau hanya hadir untuk "memerhati' prosiding kes rayuan tersebut. Beliau juga bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kebetulan berada di situ untuk mengikuti kes rayuan Sukma Sukma Darmawan Sasmitaat berhubung hukuman enam bulan penjara ke atas Sukma bagi tuduhan liwat yang membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Anwar mengalu-alukan pembabitkan Cherie dalam kes sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan dengan bantuan seorang bekas menteri kewangan.
"Sekurang-kurangnya ia akan menarik perhatian pihak media terhadap bidang kehakiman di negara ini," katanya selepas bertemu Cherie.
Peguam: Cherie ada kepakaran
Kes tersebut membabitkan dua ahli peniagaan yang didakwa mendapat faedah daripada bayaran pampasan RM756 daripada kerajaan.
Peguam Cyrus Das, yang mewakili Fawziah Holdings, berkata Cherie adalah seorang Queen Counsel dan hakim separuh masa, telah mewakili banyak kes yang besar .
Malah, katanya, terdapat peguam asing yang dibenar mengendalikan kes di mahkamah Malaysia, termasuk peguam terkenal Geoffrey Robertson.
Majlis Peguam Malaysia memberitahu Mahkamah Persekutuan, walaupun Cherie berpengalaman luas, tetapi tidak memiliki kepakaran yang diperlukan untuk mengendalikan kes tersebut.
"Terdapat ramai lagi peguam dan peguamcara di Malaysia yang mempunyai kepakaran tersebut," kata peguam George Varughese.
"Pihak perayu tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperlukan itu," tambahnya.
Tetapi Das berkata kes tersebut adalah mengenai dakwaan bahawa seorang hakim bertindak berat sebelah yang tidak pernah timbul di mahkamah Malaysia sebelum ini maka Fawziah Holdings memerlukan perkhidmatan Cherie yang diiktiraf mempunyai kepakaran dalam undang-undang awam.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.