Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amanah, Mukhriz bincang isu kerajaan Kedah
Diterbitkan:  May 11, 2020 8:49 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Amanah Kedah berpendapat jika ada Adun Pakatan Harapan atau Bersatu negeri itu mahu berpaling tadah memberikan sokongan kepada kumpulan Muafakat Nasional, mereka perku membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata disebabkan tiada mana-mana Adun membuat kenyataan berhubung isu itu maka kerajaan negeri berpendapat tiada apa-apa yang berlaku.

Ditemui media selepas mengadakan pertemuan tertutup lebih sejam dengan Menteri Besar, Mukhriz Mahathir, hari ini Phahrolrazi berkata pihaknya juga mendapati kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa.

"Kami bincang keadaan semasa, ada juga kita sentuh (cubaan menukar kerajaan negeri), tetapi kita lihat kerajaan masih berfungsi.

"Tidak ada apa-apa kenyataan dari pihak sana (pembangkang) bahawa mereka sudah cukup majoriti setakat ini," katanya seperti dipetik BH Online.

Spekulasi mengenai pertukaran kerajaan menjadi kencang sejak semalam ekoran berlaku pertemuan tertutup pemimpin PAS dan Umno Kedah di Alor Setar semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.  

Cuba jatuhkan sejak dulu

Perkembangan itu berlaku kesan tindakan PKR memecat dan menggantung sejumlah anggota mereka baru-baru ini dan dipercayai memberi kesan terhadap pendirian wakil rakyat parti itu di Kedah.

Turut disebut-sebut akan beralih arah dalam perjalanan politik mereka ialah Adun Bersatu.

Untuk rekod berdasarkan pecahan parti PAS menguasai kerusi terbesar dalam DUN dan lazimnya pemimpin parti itu akan menjadi pilihan menjadi menteri besar jika berlaku pertukaran kerajaan.

Menurut Phahrolrazi, jika ada mana-mana wakil rakyat Bersatu atau PH mahu melompat, mereka wajar menyatakannya secara rasmi.

Tanpa kenyataan begitu, katanya, Amanah beranggapan isu perubahan kerajaan negeri masih bersifat spekulasi.

Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh, pula berkata ada kemungkinan Adun Bersatu, PH atau exco negeri tu yang sudah diumpan untuk membelakangkan mandat rakyat.

Beliau yang juga exco Kedah berkata memang sejak dulu lagi PAS cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan memujuk Adun PH serta Bersatu bertindak seperti rakan mereka di Perak, Johor dan Selangor.

Lihat Komen
ADS