Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan majikan mengambil inisiatif untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja mereka sebelum diterima kembali bekerja.

Ini selepas kes positif lemah dikesan melibatkan seorang wanita dari Perak, selepas beliau menjalani ujian saringan yang ditetapkan oleh majikannya di Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu berjaya dikesan kerana amalan baik syarikat yang membolehkan pihak berkuasa mengasingkan pesakit dan merawat beliau.

"Mungkin kes sporadic, dikesan sebab jalani ujian sebelum balik bekerja.

"Kepatuhan kilang atau individu tersebut adalah baik, dapat kesan kes sporadic.

"Polisi atau dasar kerajaan kalau syarikat nak jalankan ujian ke atas pekerja, dialu-alukan inisiatif syarikat tersebut," jelasnya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, dasar kerajaan pada masa ini hanya mewajibkan pekerja asing menjalani ujian Covid-19 sebelum dibenarkan bekerja dengan syarikat mereka.

[Berita penuh menyusul]