Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K’jaan umum bantuan raya RM300 pada warga Felda, Risda
Diterbitkan:  May 15, 2020 3:29 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Kerajaan akan memberikan bantuan Aidilfitri RM300 kepada peneroka Felda dan peserta Felcra yang berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Bantuan sama akan diberikan kepada pekebun kecil Risda yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.

Ia akan disalurkan bermula Isnin depan (18 Mei).

“Kerajaan berharap bantuan khas ini akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut hari raya Aidilfitri yang menjelang tiba,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Pejabat itu berkata, bantuan itu melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta dan akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka Felda, 90,000 pengusaha Felcra dan 292,000 pekebun kecil Risda.

Dalam kenyataan sebentar tadi, PMO berkata kerajaan maklum berkaitan kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak Covid-19.

Situasi itu, kata PMO, menjejaskan pendapatan hampir 500,000 warga Felda, Felcra dan Risda.

Lihat Komen
ADS