Anda tidak puashati dengan layanan kakitangan awam? Kini orang ramai boleh membuat aduan mengenainya kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).

Aduan boleh dibuat dengan menghubungi 03-2618305 atau menerusi lamanweb www.heritage.gov.my.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Acara dan Perhubungan Awam KeKKWa, talian itu diwujudkan sempena kempen budi bahasa yang dilancarkan dua bulan lalu.

Setiap aduan akan dipantau dan dirujuk kepada ketua jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.