Terjemahan Datuk Bandar Kuching, Chan Seng Khai meletak jawatan yang akan berkuatkuasa hujung bulan ini untuk menumpukan sepenuh masa kepada karier politiknya.

Chan dari SUPP gagal mempertahankan kerusi Batu Lintang dan tewas kepada calon DAP dalam pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.

Beliau yang pengerusi SUPP cawangan Batu Lintang, telah mengemukakan surat perletakan jawatannya itu kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi SUPP, Datuk Rabu lalu.

Kata putus sama ada menerima atau menolak perletakan jawatan Chan itu kini di tangan parti berkenaan. Jawatan Datuk Bandar Kuching Selatan sentiasa disandang oleh pemimpin SUPP parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional.

Perlantikan Datuk Bandar dibuat dan diperbaharui setiap dua tahun. Chan dilantik pada 1 Februari 1997, menggantikan Song Swee Guan yang berkhidmat selama 10 tahun. Penggal perkhidmatan Chan hanya berakhir hujung tahun ini.

Chan, 53, memberitahu pemberita, keputusannya untuk meletak jawatan Datuk Bandar tidak ada kaitan dengan kegagalannya mempertahankan kerusi Batu Melintang.

Foto Chan (kanan) dan Timbalan Datuk Bandar Mohd Amin Hassan dalam sidang akhbar).

Bagaimanapun, sumber-sumber memberitahun malaysiakini, terdapat tekanan supaya Chan melepaskan jawatanny aitu "kerana dia kini menjadi liabiliti majlis tersebut'.

Pemilihan Datuk Bandar

Sementara itu, Ahli Parliman DAP bagi Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengulangi desakan parti itu supaya perlantikan Datuk Bandar dan ahli majlis, dilakukan melalui pemilihan supaya mereka lebih bertanggungjawab dan responsif kepada kehendak rakyat, dan bukannya hanya taat kepada parti yang melantik mereka.

Chong berkata, berdasarkan maklumbalas, 90 peratus aduan yang diterima adalah berkaitan dengan fungsi pihak berkuasa tempatan dan kegagalan ahli-ahli majlis berprestasi seperti yang diharapkan.

Voon Lee Shan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang baru bagi kawasan Batu Lintang, turut menyuarakan pandangan yang sama, sambil berkata pilihanraya kerajaan tempat patut diperkenalkan semula.

Pensyarah Sains Sosial Unimas, Dr Andrew Aeria menyifatkan keputusan Chan itu sebagai satu tindakan terhormat dan patut dipuji.

"Kerajaan tempatan perlu dipilih dan tindakan belaiu itu membayangkan demikian," katanya, sambil menambah Datuk Bandar sepatutnya diberi mandat melalui pemilihan dan bukan sebaliknya. Berita asal