Konvensyen bincang prestasi Umno Tganu
Konvensyen Umno Terengganu selama dua bermula hari ini bagi membincangkan pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mengambil alih kerajaan negeri dari PAS lebih dua tahun lalu.
Konvensyen Umno Terengganu selama dua bermula hari ini bagi membincangkan pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mengambil alih kerajaan negeri dari PAS lebih dua tahun lalu.
Ia juga akan digunakan untuk menentukan halatuju parti itu menjelang pilihanraya umum akan datang, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.
Beliau berkata, kerajaan ingin tahu adakah polisi yang dibuat sejak dua tahun lalu diterima rakyat dan mereka berpuas hati dengan dasar kerajaan negeri sekarang.
"Yang paling penting adakah kerajaan negeri telah menunaikan semua janji yang diberikan kepada rakyat seperti yang dibuat pada pilihanraya umum 2004," katanya ketika dihubungi.
Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh merasmikan konvensyen tersebut manakala Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menutupnya petang esok.
Konvensyen tersebut berlangsung di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu dan dihadiri oleh 500 perwakilan dari seluruh negeri.
Tindakan konkrit
Sementara itu, seorang perwakilan dari Kemaman ketika dihubungi berkata, konvensyen sedemikian rupa sudah beberapa kali diadakan sebelum ini termasuk di Kuala Lumpur, April lalu.
Katanya, antara pandangan yang akan disuarakan ialah mengenai kebimbangan rakyat terutama mengenai kekurangan peluang pekerjaan di negeri itu.
"Rakyat sudah bercakap di merata tempat dan adalah sangat penting bagi Umno mengambil tindakan perlu bagi mengatasi masalah tersebut segera," katanya.
Beliau berkata, adalah tidak guna konvensyen demi konvenyen tetapi tidak ada sebarang tindakan konkrit yang diambil.
Katanya, Umno perlu memberi perhatian serius kerana PAS sedang mencari peluang untuk merampas semula negeri ini..


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.