mk-logo
Berita
Nak singkir Dr M? Silalah cuba - Kadir
Diterbitkan:  May 19, 2020 8:20 AM
Dikemaskini: 9:18 AM

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, A Kadir Jasin mencabar pemimpin partinya yang menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Dr Mahathir Mahathir sebagai pengerusi Bersatu dan ambil alih sebagai pemangku pengerusi.

"Dengar cerita, Bersatu Selangor cadang Muhyiddin ambil alih Bersatu sebagai pemangku pengerusi. Dalam Bersatu, pengerusi adalah jawatan nombor satu. Presiden nombor dua.

"Tapi kalau Bersatu Selangor dan mana-mana penyokong Muhyiddin hendak sangat singkir Dr Mahathir dan naikkan Muhyiddin, saya kata, silalah cuba.

"Tak apa mereka boleh cuba kalau mereka berasa Muhyiddin sekarang sangat kuat sehingga boleh buat apa saja kerana dia perdana menteri," katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Kadir yang juga bekas penasihat media kepada Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Bersatu Selangor menyuarakan sokongan terhadap Muhyiddin dalam pertikaian dengan Mahathir.

Terdahulu, dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari berkata pihaknya menyokong Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi.

Abdul Rashid juga menggesa agar timbalan presiden yang juga anak Mahathir, Mukhriz perlu dipecat.

Sementara itu, mengumpamakan Mahathir sebagai pemandu bas dan Muhyiddin sebagai konduktor bas, Kadir mengingatkan supaya anggota partinya tidak lupa diri dan sejarah.

"Masa kita tubuh Bersatu, driver (pemandu) Mahathir. Oleh kerana Mahathir driver maka ramailah orang naik, termasuklah pengerusi Selangor (Abdul Rashid).

"Mahathir driver dan Muhyiddin konduktor. Driver kerja dia pandu bas supaya semua orang selamat. Konduktor jaga penumpang naik turun. Jadi dia kenal ramai orang dan kalau dia mahu, dia boleh kawtim dengan penumpang. Jadi dia popular lah.

"Sekarang penumpang dari Selangor mahu buang Mahathir dan letak Muhyiddin sebagai driver dan konduktor sekali gus macam bas mini. Agaknya Pengerusi Selangor ini rasa, buang Mahathir dan naikkan Muhyiddin, dia pun naik sama," katanya.

"Cuma, nasihat saya, sekali-sekala cubalah cerminkan muka dan lihatlah cermin belakang. Bahaya lupa sejarah dan lupa diri," tambahnya lagi.

Mahathir sebelum ini mempertahankan jawatan pengerusi Bersatu selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang bakal diadakan selepas pandemik Covid-19.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini