PM: Proton tiada pilihan, tetapi mesti berjaya
Syarikat kereta negara, Proton, melancarkan model barunya Satrio Neo dalam usaha mengembalikan penguasaannya dalam pasaran kenderaan tempatan, dengan diiringi pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang persaingan sengit dalam industri kereta di peringkat global.
Syarikat kereta negara, Proton, melancarkan model barunya Satrio Neo dalam usaha mengembalikan penguasaannya dalam pasaran kenderaan tempatan, dengan diiringi pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang persaingan sengit dalam industri kereta di peringkat global.
Model Satria Neo tiga pintu itu, yang dilancarkan Abdullah, disasarkan untuk pasaran tempatan dan luar negara, adalah versi terbaru Satria modal 1994 dan menggunakan versi enjin Proton CAMPRO 1.3 and 1.6 liter.
Pengarah Urusannya, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton menjangka menjual 14,000 hingga 15,000 unit menjelang akhir tahun ini, tetapi menegaskan bahawa penjualan Satria Neo semata-mata tidak dapat membantu meningkatkan penguasaan pasaran keseluruhannya.
"Saya berharap untuk meningkatkan penguasaan pasaran kami, yang telah merosot (tetapi penjualan) Satria Neo semata-mata tidak akan membawa Proton kembali mencatat keuntungan," katanya kepada pemberita, sambil menambah, Proton juga mempunyai model-model lain.
'Kegagalan bukan pilihan'
Ketika memuji model tersebut, Abdullah juga menggesa Proton supaya menumpukan kepada usaha membuka pasaran baru dan mengadakan perkongsian strategik untuk menangani peningkatan persaingan di peringkat global.
Katanya, Proton mesti berjaya bagi membuktikan bahawa ia adalah syarikat pembuat kereta yang menjadi kebanggaan negara.
Katanya, industri kereta negara kini melangkah memasuki 'fasa persaingan yang hebat' dan bakal berdepan dengan beberapa rintangan seperti liberalisasi perdagangan dan kebimbangannya merosotnya permintaan terhadap kereta ekoran kenaikan harga minyak yang tinggi.
Bagi tahun kewangan pada 30 Mei, Proton mencatatkan keuntungan RM47.0 juta iaitu hanya satu persepuluh daripada jumlah yang diperolehinya pada tahun sebelumnya.
Penguasaan pasaran Proton merosot sejak tahun kebelakangan ini ekoran pengurangan cukai import dan persepsi reputasi yang kurang bermutu model keluarannya.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.