Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Brazil rekod kes Covid-19 kedua tertinggi di dunia
Diterbitkan:  May 23, 2020 8:30 AM
Dikemaskini: 12:30 AM

GLOBAL | Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi di dunia mencatatkan kes Covid-19 selepas Amerika Syarikat.

Kementerian kesihatan negara itu berkata seramai 330,890 orang dijangkiti wabak berkenaan dan angka itu kini mengatasi Rusia, lapor Reuters.

Brazil merekodkan 1,001 kematian pada Jumaat lalu menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 21,048.

Di Sao Paulo, bandar yang paling terjejas teruk, rakaman udara menunjukkan deretan kubur baru untuk mengebumikan mayat mereka yang telah meninggal dunia.

Presiden Jair Bolsonaro dikritik berhubung cara beliau mengendalikan wabak itu oleh pihak pembangkang dan mekanisme penjarakan sosial, pengunaan ubat chloroquine yang belum dibuktikan serta perbalahan dengan pegawai-pegawai kesihatan awam yang berpengalaman.

Bilangan sebenar kes dan kematian mungkin lebih tinggi daripada angka sebenar apabila negara berkenaan lewat meningkatkan ujian saringan.

Pada Isnin lalu, Brazil mendahului Britain apabila menjadi negara dengan bilangan ketiga tertinggi jangkitan Covid-19.

Negara itu mengatasi Rusia pada Jumaat dan kini di belakang Amerika yang kini merekodkan 1.5 juta kes.

Sejak wabak itu bermula, Bolsonaro kehilangan dua menteri kesihatan selepas mendesak mereka menggalakkan penggunaan ubat anti-malaria seperti chloroquine dan hydroxychloroquine.

Beberapa pakar kesihatan awam berprofil tinggi juga telah meletakkan jawatan dan ramai daripada mereka digantikan oleh tentera.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan Interim, Eduardo Pazuello yang merupakan seorang general tentera  mengeluarkan garis panduan baru bagi penggunaan chloroquine dan hydroxychloroquine dalam kes-kes ringan.

Lihat Komen
ADS