Tidak ada tindakan, hanya penjelasan itulah kata sepakat di kalangan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengenai cara parti menangani kritikan bekas presiden dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran sekarang.

Beberapa pemimpin parti yang menghadiri mesyuarat MT Umno hari ditanya pendapat mereka mengenai perkara tersebut.

Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kita akan memberi penjelasan terperinci kepada Tun (Dr Mahathir Mohamad) berdasarkan kepada fakta, berkaitan dengan soalan beliau. Penjelasan akan dibuat seperti (yang dilakukan semasa) isu Proton secara bertulis.

Apa yang penting ialah kandungan penjelasan tersebut dan fakta-faktanya bagi mengelak berlaku kekeliruan. Kita akan memberi kenyataan yang tepat dan betul.

Ketua Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz

(Ditanya bilakah beliau akan memberi penjelasan mengenai kontroversi pemberian permit kereta AP?)

Katanya, penjelasan mengenai isu tersebut telah dibuat di Parlimen dan mesyuarat agung Umno.

"Kita tidak ada apa-apa yang ingin ditambah. Bagi saya isu itu sudah tiada apa dah, tiada apa yang perlu ditambah," katanya.

Menurut Rafidah, segala penjelasan telahpun dibuat dan pihaknya akan turun ke peringkat akar umbi untuk tujuan yang sama.

"Malah saya telah menulis kepada (Dr Mahathir), tapi jika mereka mahu (sya) menulisnya secara rasmi, kita boleh beri (kepadanya) maklumat yang sama sekali lagi.. Tiada apa yang perlu ditambah," kata Rafidah.

Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad

(Mengapa sepanduk puteri Umno dipasang di luar bangunan ibu pejabat Umno)

Selaim memberi kenyataan, ianya adalah satu cara untuk menyatakan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) bahawa kita menyokong beliau dan berdiri teguh di belakang beliau.

Kita dalam Puteri Umno sentiasa percaya bahawa kita perlu ada satu ketua sahaja, jadi kita semua berdiri di belakangnya. Walaupun Puteri Umno ditubuhkan di bawah kepimpinan Dr Mahathir, tetapi ini tidak bermakna kita tidak menghormati beliau (Dr Mahathir).

Ahli MT, Datuk hmad Zahid Hamidi

(Apakah persepsinya telah berubah terhadap Dr Mahathir?)

Rasa hormat kita kepada beliau tidak pernah terhakis. Beliau pernah menasihatkan saya (sewaktu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya jangan membaling batu pada rumah kaca, tetapi beliau (Dr Mahathir) membaling dengan batu yang lebih besar.

(Perlukah sebarang tindakan diambil terhadap Dr Mahathir)

Tidak perlu sebarang tindakan, kita hanya perlu memberi penjelasan kepada beliau.

Pungutan pendapat yang dibuat oleh Kementerian Penerangan menunjukkan rakyat menyokong Perdana Menteri dan berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Mereka hanya bertanya soalan seperti mengapa tarif elektrik naik, dsb.

Ahli MT, Datuk Shahrir Abdul Samad

(Mengapa Umno perlu menyatakan tiada ada puak dalam parti? Adalah ia satu isu?)

Mungkin (ianya disebabkan oleh) spekulasi bahawa Dr Mahathir mempunyai niat untuk memecahbelahkan parti. Ini membawa kepada soalan mengenai kedudukan dan sokongan kepada presiden parti dan Perdana Menteri. Setengah orang merasakan ini adalah satu krisis, tetapi saya tidak fikir begitu.

(Mengenai jawapan kerajaan kepada Dr Mahathir)

(Adalah penting) bagi rakyat tahu, kita mesti membuat rakyat faham apakah isunya, dan bukan (bertumpu kepada) Dr Mahathir. Saya tidak fikir kegembiraan Tun yang perlu kita beri perhatian. Terjemahan