Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kolej TAR ucap terima kasih kerana dana RM58 juta
Diterbitkan:  May 28, 2020 10:18 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengembalikan peruntukan RM58 juta kepada institut pendidikan tinggi itu.

Presidennya Lee Sze Wei berkata dana itu akan membolehkan mereka terus menyediakan pendidikan berkualiti dengan harga mampu kepada pelajar.

“Ini sesungguhnya berita yang amat baik bagi kita kerana ia membolehkan TAR UC terus menjalankan misi untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, Presiden MCA Wee Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana kementerian itu setuju memperuntukkan dana itu.

Wee juga mendakwa menteri kewangan era PH Lim Guan Eng telah menekan kolej itu.

Peruntukan RM58 juta itu termasuk baki RM18 juta yang PH berikrar menyalurkannya kepada dana amanah pendidikan diuruskan persatuan alumninya TAA.

TAR UC mendapat peruntukan geran sepadan RM30 pada 2018.

Peruntukan kepada kolej milik MCA itu dipotong sebanyak RM5.5 juta dalam Belanjawan 2019 dan RM1 juta dalam Belanjawan 2020.

Lim berkata kerajaan PH sedia menyediakan peruntukan RM30 juta jika MCA melepaskan pegangan dalam TAR UC.

Pada Disember 2019, Lim berkata kerajaan memperuntukan RM40 juta kepada dana amanah pendidikan kolej itu.

Lihat Komen
ADS