Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nama disalah guna untuk penipuan atas talian, taikun lapor polis
Diterbitkan:  May 28, 2020 12:53 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Tokoh korporat Vincent Tan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) susulan penipuan atas talian yang menyalahgunakan nama dan gambarnya.

Pengasas Berjaya Corp Bhd itu menafikan penglibatan dalam skim pelaburan cepat kaya yang mendakwa dapat melahirkan jutawan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

“Saya gesa orang awam berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa pelaburan tipu, terutamanya ketika ramai orang hilang kerja dan simpanan susulan pandemik Covid-19,” katanya semalam, seperti dilaporkan The Star.

Tan sebelum ini telah menafikan laporan menyebut beliau telah menyuntik AS$250 juta (RM1 bilion) untuk skim cepat kaya itu.

Nama dan logo Malaysiakini juga pernah disalah guna untuk tujuan hampir sama sama.

Laporan kepada SKMM dibuat pada Julai tahun lalu.

Lihat Komen
ADS