Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin nafi jalani rawatan di Singapura
Diterbitkan:  May 28, 2020 7:16 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau menjalani rawatan di Singapura.

"Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin diletakkan di bawah kuarantin kediaman selaam 14 hari sejak Jumaat lalu, selepas Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul Majid yang menghadiri mesyuarat pascakabinet disahkan positif Covid-19.

Pada 2018 beliau menjalani pembedahan di Singapura bagi merawat penyakit barah pankreas yang dihidapinya.

Dalam kenyataannya Muhyiddin berkata beliau akan memastikan perbincangan merancang strategi melawan Covid-19 diteruskan.

"Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian semasa usaha memerangi Covid-19 seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Dr Noor Hisham. 

"Saya percaya, sekiranya seluruh masyarakat dapat bekerjasama dan mengambil tanggungjawab menjaga komuniti masing-masing, negara kita akhirnya akan berjaya mengakhiri penularan wabak Covid-19," jelasnya.

Lihat Komen
ADS