Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam Dr M hantar notis tolak pemecatan pada ROS, Bersatu
Diterbitkan:  May 29, 2020 3:28 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar notis menolak pemecatannya daripada Bersatu kepada ibu pejabat parti itu dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ia diserahkan oleh peguamnya Haniff Khatri.

Menurut Haniff, notis kepada ROS itu memohon pertikaian berkaitan dirujuk bawah bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966.

Menurut peruntukan itu, ROS boleh meminta keterangan berkaitan pertikaian antara anggota dan pemegang jawatan untuk menyelesaikan perkara itu, dalam tempoh sebulan.

Notis kepada bersatu pula menegaskan bahawa keanggotaannya dalam parti dan kedudukan sebagai pengerusi parti “kekal dan sah”.

Semalam, Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya menghantar surat membatalkan keanggotaan Mahathir, timbalan presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir; Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta anggota majlis tertinggi Bersatu, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.

Jawatan setiausaha kerja tak diiktiraf perlembagaan Bersatu - peguam

Keputusan itu dibuat kerana mereka duduk di blok pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Kelima-lima mereka mempertikaikan tindakan berkenaan.

Lihat Komen
ADS