Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tawar khidmat seks pada polis, instafamous Papaicici didenda RM3,000

Seorang “instafamous” (pengguna Instagram berpengikut ramai) yang dikenali sebagai “Papaicici” dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Majistret Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap Rayndi Jubidi, 29 yang dituduh menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis dengan bayaran RM150 untuk sekali perkhidmatan itu.

Lelaki itu yang hadir di mahkamah berkemeja-T putih dan berseluar jeans biru ketat serta menyanggul rambutnya, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kondominium di Bukit Bintang di Kuala Lumpur, pada 6.50 petang, 27 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman berbentuk denda minimum bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Tertuduh membayar denda itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS