Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Brazil kini negara kelima tertinggi korban Covid-19

GLOBAL |  Brazil mencatatkan korban Covid-19 kelima tertinggi di dunia, selepas lebih 1,000 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 27,878.

Kementerian Kesihatan berkata 1,124 kematian dilaporkan dalam tempoh itu, kini Brazil mengatasi Sepanyol dan berada di belakang Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali serta Perancis, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh itu juga Brazil mencatatkan rekod tertinggi untu kes jangkitan iaitu sebanyak 26,928, menjadikan jumlah keseluruhan 465,166.

Sao Paulo, paling teruk terjejas menyaksikan 7,275 kematian dan 101,556 kes diikuti Rio de Janeiro serta Ceara.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS