Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
26 Pati di Hospital Sg Buloh dipindah ke Maeps
Diterbitkan:  May 30, 2020 6:29 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Dua puluh enam pendatang tanpa izini (Pati) akan dipindahkan dari hospital Sungai Buloh ke Taman Pertanian Agro Malaysia Serdang (Maeps) untuk rawatan Covid-19.

Langkah ini diambil setelah terdapat percubaan melarikan diri oleh seorang warga Bangladesh ketika dia dirawat di hospital.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa warga Bangladesh berkenaan sedang disoal siasat oleh pihak polis.

"Kami telah memutuskan bahawa kerana alasan keselamatan, 26 pendatang tanpa izin ini akan dipindahkan ke Maeps.

"Hanya penduduk tempatan dan pekerja asing yang mempunyai dokumen sah yang akan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh ... Kita akan memiliki keselamatan yang mencukupi di Maeps dan masih memberikan rawatan yang baik," katanya.

Noor Hisham berkata bahawa Kementerian Kesihatan masih mempertimbangkan menggunakan hospital lain untuk merawat Pati.

Malaysia kini menumpukan pengujian warga asing dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan, 34,302 warga asing telah diuji di mana 1,948 (5.7 peratus) telah diuji positif manakala empat orang telah meninggal dunia.

Bahagian penting lain dari strategi ujian Malaysia juga difokuskan pada pusat jagaan warga tua.

Kementerian Kesihatan berkata bahawa 11,0409 penduduk dan kakitangan rumah jagaan telah diuji, dengan 26 didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya empat yang mempunyai gejala.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


 

Lihat Komen
ADS