Badrul Amin: Harakah tersalah lapor maksud ceramahnya
Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Amin Baharom memperjelaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menyokong penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap sesiapa sahaja kerana ia bertentangan dengan pendiriannya dan pendirian partinya.
Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Amin Baharom memperjelaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menyokong penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap sesiapa sahaja kerana ia bertentangan dengan pendiriannya dan pendirian partinya.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lapoaran tiga perenggan dalam akhbar lidah rasmi PAS
Harakah
mengenai ceramah yang disampaikannya di Kelantan.
Laporan tersebut memetik beliau sebagai berkata ISA patut digunakan terhadap anggota gabungan Article 11 kerana mereka 'merbahaya' dan boleh menggugat keimanan umat Islam.
Badrul, yang juga seorang bekas tahanan ISA, mengakui wujudnya rasa tidak senang umat Islam terhadap aktiviti gabungan Article 11, tetapi mendakwa cakapnya tidak disalah lapor.
Gabungan tersebut telah mengadakan kempen memungut tandatangan dan mengadakan forum mengenai kebebasan agama, termasuk forum di Pulau Pinang. Bagaimanapun, polis terpaksa menghentikan forum tersebut selepas orang ramai berhimpun membantahnya.
"Saya memberitahu para hadirin bahawa mereka dari Article 11 dalam membincangkan isu-isu sensitif mengenai agama cuba mengganggu-gugat keharmonian sosial," katanya ketika dihubungi.
"Apa yang saya katakan, jika kerajaan benar-benar mahu menjaga keselamatan negara, maka ia patut menggunakan ISA terhadap individu-individu berkenaan. Tetapi saya maksudnya sebagai satu sindirin terhadap kerajaan," katanya.
Katanya, sindirannya itu ditujukan kepada sikap ketidaksediaan kerajaan untuk menghapuskan ISA, yang membolehkan penahanan dibuat tanpa bicara atas alasan menggugat keselamatan negara.
'Bukan masa yang sesuai'
Menjawab soalan, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata, perkara yang dibangkitkan oleh Article 11 itu perlu perbincangkan, tetapi bukan secara terbuka.
"Perbincangan adalah penting, tetapi bukan (melalui) forum awam. Rakyat Malaysia belum bersedia untuk perkara-perkara yang terlalu sensitif dibincangkan secara terbuka," katanya.
Beliau menjelaskan, peristiwa perang menentang keganasan yang diketuai oleh Amerika, perbahasan mengenai status agama wira Everest M Moorthy dan karikatur menghina Nabi Muhammad, masih lagi segar di fikiran umat Islam.
"Peristiwa-peristiwa ini menyentuh sentimen umat Islam. Buat masa ini, adalah lebih baik membiarkan ia sejuk terlebih dahulu. Sebarang percakapan mengenai Article 11 atau Suruhanjaya Antara Agama akan dilihat sebagai tindakan menentang Islam," katanya.
Badrul berkata, beliau yakin masanya akan tiba apabila semua pihak sudah boleh membincangkan perkara-perkara sensitif dan dengan secara matang.
"Buat sementara waktu ini, kita perlu menunggu keadaan tenang semula. Kemudian, kita boleh cuba lagi (mengadakan perbincangan). Gabungan Article 11 mesti belajar jangan terlalu agresif, kerana ia akan berdepan dengan tindakan agresif juga," tegasnya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.