Hanya satu daripada lima (22 peratus) kes Covid-19 baru melibatkan rakyat Malaysia sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula pada 4 Mei.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdulah semasa sidang akhbar hariannya hari ini.
"Kami merasakan bahawa rakyat Malaysia mematuhi SOP (prosedur operasi standard)," katanya.
Noor Hisham berkata jumlah rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 yang rendah adalah "sangat menggalakkan".
Katanya, jika jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti tetap rendah dengan dua digit, maka Malaysia dapat memberi lebih banyak kelonggaran.
"(Jika perkara ini berterusan) kita dapat melihat pembukaan lebih banyak sektor sebelum 9 Jun (tarikh PKPB dijadual ditamatkan).
"Perlahan, tapi pasti, (kita dapat) membuka lebih banyak sektor.
"Kami juga sedang melihat (pembukaan) sekolah, terutama untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6. Mereka ada peperiksaan dan keutamaan harus diberikan kepada mereka," katanya.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
