Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai Najib dilantik ketua penerangan BN S'gor
Diterbitkan:  May 31, 2020 12:08 PM
Dikemaskini: 4:08 AM

Bekas pegawai khas Najib Tun Razak, Isham Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor yang baru bagi menggantikan Abd Rahman Bakri.

Isham yang memuat naik hantaran di Facebook beliau berkata, kepimpinan BN Selangor melantik beliau mengisi jawatan berkenaan menerusi penyerahan surat lantikan.

Isham berkata beliau menerima pelantikan itu dengan hati terbuka dan menyifatkannya sebagai amanah serta kepercayaan yang diletakkan oleh kepimpinan BN Selangor.

"Dengan izin Allah saya akan melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan amanah, ikhlas dan sepenuh hati," tulisnya.

Untuk rekod, nama Isham antara yang disebut-sebut sebagai calon menteri besar daripada BN sebelum PRU lalu.

Abd Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam sebelum ini memegang jawatan ketua penerangan BN Selangor bagi penggal 2018 hingga 2021.

Mengulas lanjut, Isham turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi BN Selangor diterajui Pengerusinya, Noh Omar, Pengerusi MCA dan MIC Selangor serta ahli Umno Bahagian Sungai Buloh dan Umno Cawangan Pekan Sungai Pelong, Paya Jaras.

"Tidak lupa juga kepada keluarga, sahabat dan pemimpin-pemimpin yang saya hormati yang telah banyak memberikan dorongan, galakan, nasihat serta tunjuk ajar dalam politik kepada saya selama ini terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Lihat Komen
ADS