Pertambahan luar biasa rakyat Sabah
Kebanjiran rakyat asing telah menjejaskan demografi atau kependudukan negeri Sabah dan memaksa banyak suku kaum minoriti di negeri itu menjadi "pelarian di tanahair mereka sendiri," demikian dakwaan seorang pemipin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Kebanjiran rakyat asing telah menjejaskan demografi atau kependudukan negeri Sabah dan memaksa banyak suku kaum minoriti di negeri itu menjadi "pelarian di tanahair mereka sendiri," demikian dakwaan seorang pemipin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Penduduk Sabah meningkat secara "luar biasa" berdasarkan pertumbuhan penduduk peringkat daerah naik daripada 1.16% kepada 10.54% sejak dua dekad lalu, kata anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga bekas Senator, Dr Chong Eng Leong.
Katanya, pertambahan tahunan penduduk naik setara dengan pertambahan di peringkat nasional sebanyak 2.5%.
Bagi menjelaskan hujahnya, Chong seorang pakar bedah di Pusat Perubatan Sabah memberi beberapa contoh. Rakyat asing, katanya, merupakan 75% penduduk Kinabatangan, 54% di Kunak dan 36% di Beluran.
Beliau mendakwa, pihak berkuasa atasan mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menggalakkan kemasukan rakyat asing, sebahagian besarnya penduduk Islam dari selatan Filipina.
"Kerajaan pusat jelas mahu menguasai politik Sabah dengan mendaftar bumiputera baru ini sebagai pengundi," katanya kepada Jawatankuasa Parlimen Mengenai Integriti dalam satu siasatan awam di Kota Kinabalu Khamis lalu.
Chong membuat kejutan di siasatan tersebut apabila memaklumkan kepada jawatankuasa berkenaan mengenai satu rancangan sulit dikenali sebagbai Projek Mahathir untuk menambah senarai pengundi dengan rakyat asing yang diberi kad pengenalan.
Rakyat asing lebih ramai
Chong berkata, ketika rakyat Sabah tidak bersetuju dengan penghakisan hak mereka di bawah perjanjian 20 perkata sewaktu pembentukan Malaysia, mereka dilabel sebagai "berfikiran sempit".
"Tetapi apakah yang lebih mengancam kepada survival negara daripada membenarkan pendatang asing tinggal di Sabah (dan) diberi kerakyatan melalui pintu belakang dan didaftarkan sebagai pengundi?" soalnya.
Dianggarkan terdapat 1.75 juta rakyat asing di Sabah, termasuk mereka yang memilik kad pengenalan menerusi Projek Mahathir.
Berdasarkan statistik rasmi, jumlah penduduk Sabah ialah 2.6 juta dan ini bermakna rakyat asing adalah lebih ramai daripada penduduk tempatan pada nisbah 2:1.
"Jika kadar pertambahan penduduk Sabah sama seperti Sarawak, maka Sabah sepatutnya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk hari ini," hujah Chong.
Chong berkata, penduduk Sabah meningkat sebanyak 363% dari 648,693 pada tahun 1970 kepada "kira-kira tiga juta" pada tahun 2005, berbanding dengan pertambahan 135% penduduk Sarawak dari 976,269 kepada 2.3 juta.
"Bumiputera baru ini sedar bahawa kerajaan kita memberi kerakyatan kepada mereka melalui pintu belakang, dan menggalakkan kebanjiran pendatang haram ke Sabah, atau mereka akan masuk dengan dokumen yang sah, tetapi dimusnah sebaiknya tarikhnya tamat," kata Chong.
"Mereka datang dengan kesedaran bahawa suatu hari nanti mereka juga akan diberikan status yang sama," katanya.
Pemimpin pusat 'tidak sensitif'
Menurut Kedutaan Filipina di Malaysia, terdapat kira-kira 500,000 rakyat Filipina yang tinggal secara haram di Sabah, manakala Ketua Konsul Indonesia di Sabah dan Sarawak menganggarkan terdapat 250,000 pendatang haram di Indonesia di negeri tersebut.
Kerajaan Malaysia pula menganggarkan terdapat 100,000 pendatang haram di negara ini.
Tetapi bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Bernard Dompok yang mempengerusikan Jawatankuasa Parlimen Mengenai Integriti berkata jumlahnya hampir mencecah 600,00 berdasarkan maklumat daripada Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Chong berkata, walaupun dasar kerajaan tidak membenarkan isteri atau anak-anak pekerja asing memasuki negara ini, "tetapi kita dapati ramai daripada mereka berada di sini, sehinggakan Timbalan Perdana Menteri ketika dikunjungi Naib Presiden Indonesia dua bulan lalu bersetuju dengan permintaan untuk membina sekolah di kawasan ladang untuk menampung anak pekerja dari republik itu.
Beliau kesal, akibat daripada itu, kerajaan Filipina juga turut membuat tuntutan yang sama untuk rakyat mereka yang berada di pusat tahanan. "Menteri Dalam Negeri kita bersetuju dengan permintaan tersebut."
Menurut Chong lagi, keadaan itu "telah melukai perasaan" rakyat Sabah, "seolah-olah pemimpin pusat tidak sensitif terhadap masalah yang mereka hadapi".
"Jika kita lihat di kawasan luar bandar, terdapat tempat-tempat di mana anak-anak kecil di kawasan pedalaman tidak mendapat pendidikan kerana kekurangan sekolah seperti di Kampung Kinadaan di Sugut.
"Dan saya tegas sekali lagi: Leradi hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan." Terjemahan

