Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PN pula tubuhkan majlis presiden
Diterbitkan:  May 31, 2020 5:28 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mempunyai majlis presiden yang menghimpunkan pemimpin tertinggi semua parti yang menyertai gabungan berkenaan.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, majlis Majlis Presiden PN itu akan dianggotai oleh presiden-presiden parti komponen PN.

Perkara itu dimaklumkan Tuan Ibrahim dalam sidang media selepas membuat kunjungan hormat selaku Menteri Alam Sekitar dan Air ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

"Alhamdulillah, saya nak maklumkan sedikit bahawa kita telah ada majlis tertinggi iaitu Majlis Presiden PN.

"Kita setuju, yang pertama wujudkan Majlis Presiden, yang mana melibatkan semua presiden-presiden parti," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, kerjasama PN sering dipertikaikan apabila parti komponennya - terutamama Umno dan Bersatu - dilihat bertelagah dalam soal pengagihan jawatan dalam kerajaan, selain pelantikan ke jawatan tertinggi dalam agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beberapa pemimpin Umno juga secara terbuka membangkitkan bagaimana kerjasama dalam PN - sebuah entiti yang tidak berdaftar - tidak melibatkan sebarang perjanjian, serta tidak ada keperluan untuk tergesa-gesa merasmikan kerjasaman gabungan itu.

Malah, Umno juga dilihat lebih mengutamakan kerjasama Muafakat Nasional - piagam yang dimeterai dengan dan PAS - seperti yang terbaru, dizahirkan dalam pengumuman mengenai pilihan raya kecil (PRK) Chini yang akan berlangsung Julai nanti.

PN dibentuk di peringkat pusat di antara Umno, Bersatu dan PAS, disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) serta wakil bebas, melalui 'Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang hujung Februari lalu.

Untuk rekod, penubuhan badan berupa majlis presiden sebelum ini dipelopori PH.

Sementara itu, mengulas berhubung krisis kepemimpinan Bersatu, Tuan Ibrahim melihat ia tidak menjejaskan hubungan antara parti dalam PN.

Hal itu katanya, memandangkan semua parti komponen bersetuju mengutamakan hal pentadbiran berbanding isu politik, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara berdepan situasi Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS