Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Annuar: Presiden Umno adalah pengerusi BN
Diterbitkan:  Jun 1, 2020 11:31 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Parti-parti komponen BN telah sebulat suara menetapkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi BN, menurut setiausaha agung gabungan itu Annuar Musa.

Annuar berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN bulan lalu.

"BN dalam mesyuarat Dewan Tertingginya bulan lalu telah menetapkan sebulat suara bahawa secara konvensyen dan konsensus, presiden Umno adalah pengerusi BN," katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos menyokong ahli bekas presiden Umno Najib Razak untuk diberikan jawatan sebagai pengerusi BN, bagi menguatkan gabungan itu untuk menghadapi PRU ke-15.

Menurut Sinar Harian, Jamal berkata jawatan itu perlu diberikan kepada Najib kerana peranannya kini sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN dilihat agak minimum.

Bagaimanapun bekas Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merasakan hal ehwal dalaman parti perlu diserahkan kepada mereka yang berjawatan, berdasarkan hierarki.

“Najib boleh bertanding apabila sampai masanya nanti.

“Apabila tiba pemilihan (parti) akan datang, setelah beliau selesai menjalani proses perbicaraannya di mahkamah, memang dia layak untuk bertanding (dalam pemilihan Umno) akan datang. Bukan sahaja layak tetapi dia berhak untuk bertanding,” katanya seperti dipetik.

Lihat Komen
ADS