Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin akar umbi Bersatu Melaka isytihar sokong Muhyiddin
Diterbitkan:  Jun 1, 2020 5:24 AM
Dikemaskini: 5:56 AM

Pemimpin-pemimpin daripada lima daripada enam bahagian Bersatu di Melaka hari ini tampil menyatakan sokongan kepada presidennya Muhyiddin Yassin.

Sokongan itu dinyatakan di tengah-tengah pergolakan antara kem Muhyiddin dan Dr Mahathir Mohamad yang mengaku masih memegang jawatan pengerusi parti.

“Perdana menteri perlu diberi peluang dan ruang yang seluas-luasnya untuk memacu negara dan parti Bersatu ke tahap yang tertinggi,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu turut melibatkan ketua Pemuda Bersatu (Armada) negeri Ramlan Meon dan Ketua Srikandi Azalina Abdul Rahman.

Bersatu Alor Gajah yang enggan terlibat dalam kemelut itu dan mahukan Muhyididn dan Mahathir berdamai.

Tujuh pemimpin itu ialah:

(1) Mohd Rafiq Naizamohideen
Timbalan ketua Bersatu Melaka
Ketua Bersatu bahagian Tangga Batu

(2) Wira Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Bersatu bahagian Masjid Tanah

(3) Dr Mohd Yadzil Yaakub
Ketua Bersatu bahagian Jasin

(4) Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Bersatu bahagian Kota Melaka

(5) Mohd Azrudin Datuk Md Idris
Ketua Bersatu bahagian Hang Tuah Jaya

(6) Azalina Abdul Rahman
Ketua Srikandi Melaka

(7) Ramlan Meon
Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Melaka

Lihat Komen
ADS