Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua perumahan di Kuala Langat di bawah PKP diperkasakan

Bukit Changgang di Kuala Langat diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan secara pentadbiran (PKP diperkasakan) sejak malam tadi.

Seorang pegawai polis yang terlibat dalam operasi di daerah tersebut memberitahu Malaysiakini bahawa dua kawasan yang terkesan adalah Taman Langat Utama and Taman Langat Murni in Bukit Changgang.

"Malam tadi kita dah pasang kawat duri di Langat Murni dan Langat Utama. Dia ada tiga blok bangunan dua tingkat. Dah dilaksanakan," katanya.

Menurutnya lagi, kawasan itu menempatkan penduduk tempatan dan warga asing asing. Bagaimanapun, jumlah penduduk sebenar masih belum diketahui, jelasnya.

Pemeriksaaan mendapati dua kawasan tersebut berjiran dan merangkumi petempatan pangsapuri dan rumah kedai.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin memberitahu Malaysiakini bahawa Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat pengumuman mengenai operasi di Bukit Changgang hari ini.

Sebelum ini, beberapa kawasan telah ditempatkan di bawah PKP diperketatkan termasuk Menara City One di sepanjang Jalan Munshi Abdullah, dua bangunan di Masjid India, Simpang Renggam, Hulu Langat dan Old Town Petaling Jaya.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS